Tanaman kacang panjang |
Mula-mula mencebur diri dalam bidang pertanian amat sukar dan janggal juga.Namun dengan semangat yang tinggi dan kental ingin mencuba aku teruskan juga.Dengan keluasan tanah seluas 1 ekar, aku mulakan menerangkan kawasan dengan merata,memelau,membajak dan menanam.Berbekalkan dengan tiga orang pekerja yang mahir aku mulakan tugasanku sebagai petani.Bukannya mudah untuk merealisasikan impian ini menjadi petani yang berjaya.Daripada menanam, membaja,memetik hingga menjual semuanya menggunakan kos.Harga pasaran yang tidak menentu turun naik membuatkan bidang pertanian amat mencabar.
Pemandangan kawasan selepas proses menanam semula.
keluasan tanah 1 ekar boleh mngeluarkan hasil tanaman sebanyak 2 tan. |
Kesuburan tanah dan baja adalah faktor utama dalam menyumbangkan hasil pengeluaran
Hasil kutipan yang dipetik dimasukkan ke dalam bakul untuk dipasarkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan