Rabu, 9 Februari 2011

Hulu Bernam FC

Gambar pasukan futsal Hulu Bernam FC yag telah berjaya melangkah ke suku akhir.

Hobiku

Pasukan Futsal Heveafil
Sebut je pasal bola semua orang tahu, begitu juga aku minat yang mendalam dalam bidang bolasepak telah menubuhkan pasukan bolasepak Heveafil.Dalam tahun 90 an pasukan Heveafil  adalah pasukan yang disegani dan digeruni oleh pasukan dalam Daerah Hulu Selangor.Banyak kali pasukan ini telah menjuarai beberapa pertandingan yang dianjurkan seperti Piala Menteri Besar Tan Sri Muhammad Taib, Piala YDP Hulu Selangor,Piala Heveafil dan banyak lagi.Dalam liga Selangor pasukan Heveafil juga merupakan pasukan yang mantap dibawah jurulatih Azlan Johar.Beberapa pemain yang masih lagi digeruni dalam pasukan Heveafil seperti Johari Lazim, Malkit Singh,Samsur Bahrin dan beberapa lagi pemain. 
Penyerang yang paling berbisa yang masih aktif lagi
Gambar Kenangan Pasukan Heveafil bersama Sime Darby
 Salim Wahid. Beliaulah tonggak kekuatan pasukan Heveafil ketika itu.Tapi dalam era 20 an ini pasukan Heveafil tidak lah sehebat dulu.Maklumlah semuanya dah berumur, tetapi bakat-bakat muda pada hari ini tidak begitu berminat .Mereka lebih berminat lagi bermain futsal.Zaman dah berubah, tapi aku tetap juga minat bermain tak kira juga sukan yang dipertandingkan.
Pasukan Heveafil bersama May Bank di Genting Hingland




Hari Keluarga Heveafil di padang Bandaran Batang Kali, Sungguh meriah dengan berbagai acara permainan yang dilangsungkan.



Para   peserta mengambil bahagian dalam acara sukaneka.


Paling best sekali pasukan aku telah menjuarai kesemua permainan yang dianjurkan.



Bersama pasukan bola sepak 5 sebelah Department Extrusion Filmax. Duduk dari kanan Rahman, Chiniah, Asri. Berdiri dari kanan Shafarudin, Aizat, Adnan, Zahid dan Salim



Pasukan Ajis, memang digeruni tapi malang pasukan ni asyik kena belasah jer di atas padang .Dalam kertas mereka memang kuat.Duduk dari kanan Wadi, Mizi,Labu. Berdiri dari kanan Salim,Mat,Kamal,Ajis dan Khairi


Pasukan yang layak memasuki pertandingan akhir kejohanan bola sepak 5 sebelah Anjuran Kelab Sukan Rekreasi Heveafil. Saka FC  vs  Warok FC .









Pasukan Warok FC adalah pasukan Indonesia yang bekerja di Syarikat Heveafil. Pasukan ni memang mantap, telah menjuarai Kejohanan ini.


dikau tiada pengganti: aku, kawan-kawan di R&D

dikau tiada pengganti: aku, kawan-kawan di R&D: "PeKerJa@ StAFF@AbG2 dan KaKaK yang SuPPortinG........ 1hb Februari 2009..... Tarikh yang telah mengubah ..."

Isnin, 7 Februari 2011

Pengalamanku

Tanaman kacang panjang
Mula-mula mencebur diri dalam bidang pertanian amat sukar dan janggal juga.Namun dengan semangat yang tinggi dan kental ingin mencuba aku teruskan juga.Dengan keluasan tanah seluas 1 ekar, aku mulakan menerangkan kawasan dengan merata,memelau,membajak dan menanam.Berbekalkan dengan tiga orang pekerja yang mahir aku mulakan tugasanku sebagai petani.Bukannya mudah untuk merealisasikan impian ini menjadi petani yang berjaya.Daripada menanam, membaja,memetik hingga menjual semuanya menggunakan kos.Harga pasaran yang tidak menentu turun naik membuatkan bidang pertanian amat mencabar.







Pemandangan kawasan selepas proses menanam semula.
keluasan tanah 1 ekar boleh mngeluarkan hasil tanaman sebanyak 2 tan.






Kesuburan tanah dan baja adalah faktor utama dalam menyumbangkan hasil pengeluaran




Hasil kutipan yang dipetik dimasukkan ke dalam bakul untuk dipasarkan.

Rabu, 2 Februari 2011

Kerja Amal merapatkan lagi silatuhrahim





Kerjasama yang ditunjukkan oleh penduduk Kg Kelawar dalam usaha menjayakan program ibadah korban sempena Hari Raya Aidiladha.





 Ketua Pemuda UMNO Kg Kelawar , Abd Salim bin Abd Wahid bersama-sama dengan penduduk setempat dengan jayanya telah menyatupadukan masyarakat melalui program ibadah korban.



Penduduk Kg Kelawar tua dan muda bersama-sama berganding bahu melaksanakan pengagihan sembelihan daging korban.




Semangat gotong royong yang ditunjukkan begitu baik sekali menjadi contoh pada masyarakat sekelilingnya.



Terima kasih ustaz Yusof sebagai imam besar Kg Kelawar dan penduduk kampung yang banyak membantu menjayakan program korban.
Naib Pengerusi Kelab Sukan dan Rekreasi Heveafil, Abd Salim bin Abd Wahid bersama-sama dengan ahli jawatakuasa dalam majlis jamuan hari raya aidilfitri 2010, Heveafil Sdn Bhd.

Hari Anugerah Kecemerlangan SK Datuk Nan Kaya Kg Kelawar


 YDP PIBG SK Datuk Nan Kaya Kg Kelawar, Abd Salim bin Abd Wahid bersama dengan Ketua Pemuda Umno Bhgn Hulu Selangor, En Mahmod  bin Karim ( tengah ) untuk majlis perasmian Hari Anugerah Kecemerlangan tahun 2009.




 Bersama-sama dengan mantan GB SK Datuk Nan Kaya, sebelah kanan En Wazir, GB Baru En Othman dan sebelah kiri Ketua Kampung Kelawar Tn Hj Sapuan bin Kamis.





Bakat -bakat terpendam dari pelajar-pelajar Sk Datuk Nan Kaya yang membuat persembahan dalam majlis Anugerah Kecemerlangan.






Persembahan tarian yang menghiburkan , menarik perhatian ibubapa dan orang ramai yang hadir.







 Tokoh murid yang dicalonkan untuk dinobatkan sebagai tokoh pelajar Sk Datuk Nan Kaya






Terima kasih pada semua yang terlibat yang menjayakan program Hari Anugerah Kecemerlangan









 Gambar kenangan ibubapa bersama-sama dengan anak yang terpilih menjadi tokoh pelajar SK Datuk Nan Kaya tahun 2009.






Selasa, 1 Februari 2011

Aktiviti Kg Kelawar







JKK Kg Kelawar, pelancaran perlantikkan jawatankuasa baru bersama YB Jamaludin bin Mohd Radzi ( Adun Behrang ).







 Bilik Gerakan Kg Kelawar nadi penggerak perpaduan masyarakat.Memangkin perbangunan penduduk mencapai wawasan.





 Tadika Kemas Kg Kelawar melahirkan generasi yang berpotensi dan berdaya saing.





Selamat Datang Ke Kg Kelawar, Kg contoh Daerah Perak.






Pasukan Badminton Belia Kg Kelawar bergambar kenangan bersama dengan pasukan badminton Kelab Sukan & Rekreasi Heveafil.







Penyampaian Cenderahati perlawanan persahabatan antara Kelab Sukan & Rekreasi Heveafil dengan Belia Kg Kelawar.









Gambar kenangan bersama AJK JKK Kg Kelawar.

Isnin, 31 Januari 2011

Gula - Gula Langkawi





Janji tinggal janji, itulah ungkapan yang telah berlalu hampir dua tahun.Harapan yang diberi oleh oleh insan yang aku rasa amat dihormati ditempat kerja telah memutar belitkan  fakta.Aku pasrah dan kecewa, begitu juga dengan teamwork aku, mereka juga gusar dan pedih mengenangkan dipermain dan diperlekahkan.Ya Allah ,Ya Rahman, Ya Rahim, hanya padamu hamba memohon pertunjuk dan hidayah semoga dibukakan pintu hati insan yang pernah menaburkan janji-janji.Kuatkanlah semangat hambamu ini untuk menempuh kehidupan yang penuh berliku.Tambahkan hati ini dengan ujianmu,berilah hambamu pertunjuk jalan yang lurus yang diredai dan berkatilah rezeki hambamu dengan rezeki yang halal.Berilah hamba ini kebahgiaan dunia dan akhirat.Sesungguhnya hanya padamulah hamba meminta....amin

Mengingati dan berpesan - pesanlah

Tuntutlah ilmu kurniaan Allah,
Yang mana ditegah kita jauhi,
 Iktikad yang betul kita ketahui,
 Iktikad yang salah kita ketahui.

Menuntut ilmu itu wajib pada kita,
Sebelum mengamal tidaklah terhingga,
Amal dan ilmu wajib serta,
Amalan tanpa ilmu di azab kita.

Syarat rukunnya wajib diketahui,
Sah dan batalnya demikian lagi,
Amalan diterima Allah Illahi,
Syarat rukunnya sudah kita ketahui,
Amalan tidak diterima Allah,
Tidak mengetahui sah betulnya.

Wahai saudara-saudaraku yang tua dan muda,
Hendaklah berfikir sentiasa,
Jangan seperti orang buta,
Meninggalkan ibadat mencari harta.

Tidak teringat yang hidup akan mati,
Bersukaria juga sepanjang hari,
Hanya harta yang mendapatkan diri,
Tiga lapis kapan saja yang diberi.

Berfikir Sejenak

Sesuatu yang harus juga kita perhalusi dan mengambil iktibar untuk dijadikan pendoman hidup dalam mengharungi kehidupan ini.Tanpa berpijak diatas bumi yang nyata ini, kita tidak akan tahu setinggi mana langit itu dan bertapa dalam dan luasnya lautan .Tanpa adanya orang miskin,daif,kita tidak tahu,adanya orang kaya dan tanpa adanya semut yang sekecil itu, kita tidak tahu menilai bertapa besarnya seekor gajah.Kenapakah begitu,berfikirlah..............

 Kerana itu kita belajarlah dari bawah supaya kita dapat menilai bertapa tingginya ilmu supaya menikmati ketinggian tanpa mendongakkan kepala.Melihat apa yang ada di bawah,akan mengingatkan kita bahawa siapa pun kita di sini, kita tetap seorang hamba disisi-Nya. Jadi kenapa suburkan  sifat riak,takbur,hasad dengki di hati?
 Belajar menundukkan kepala untuk menginsafi diri seadanya..........

Khamis, 27 Januari 2011

Buat Renungan

Walau pun perit untuk meneruskan liku-liku kehidupan ini.Namun kehidupan perjalanan hidup yang masih panjang harus diteruskan.Kemanakah arah yang nak dituju tanpa pendoman.Ya Allah, Ya Rahman,Ya Rahim yang maha pengasih dan penyanyang  pencipta langit dan bumi ,berkuasa terhadap sesuatu,hamba menadah tangan memohon keampunan dan pertunjukmu.Tunjukkanlah hambamu ke jalan lurus yang diredai.Anugerahlah hambamu kebahgiaan dunia dan akhirat.